HIDUP KITA LEBIH INDAH
DENGAN BERKONGSI REZEKI
Alhamdulillah, rezeki kita masih dilapangkan sehingga ke hari ini. Dalam kegembiraan kita menikmati berbagai-bagai juadah enak setiap hari, masih ramai lagi di luar sana yang tidak dapat merasa seperti kita.
Sanggupkah biarkan kesusahan dan kesempitan membuatkan mereka kebuluran
Tahukah Anda?
Peningkatan kadar kemiskinan dialami oleh kebanyakan negara lain di seluruh dunia itu sebahagian besarnya berpunca daripada keadaan ekonomi yang terjejas.
Program Makanan Sedunia (WFP) mendedahkan bahawa 45 juta penduduk dunia berdepan kebuluran semakin tinggi. Mereka bertungkus-lumus dalam meneruskan kehidupan akibat kebuluran. -David Beasley (Ketua Pengarah WFP).
YM nak ajak bantu mereka yang sedang BERTAHAN untuk teruskan kehidupan, siapa golongan yang kita akan bantu ?
Dengan rasa syukur, tim Yayasan Maghfirah ingin mengajak saudara saudari untuk berkongsi rezeki dengan menyalurkan pek makanan siap masak kepada mereka yang memerlukan dan terjejas pendapatannya, khususnya buat golongan asnaf, golongan asnaf gelandangan, fakir miskin, golongan oku di sekitar ibu kota.
Lihatlah gembirannya mereka dengan pemberian kita
Alhamdulillah, pada tahun lalu sebanyak 9,378 pek makanan telah berjaya diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Lihatlah wajah-wajah gembira penerima pek makanan. Inilah hasil sumbangan para penyumbang!


Sertai tim kami hari ini, menjelajah ke tempat-tempat yang diperlukan sekaligus melebarkan senyuman mereka dalam menikmati rezeki yang kita kongsikan hari ini.
Sumbangan ANDA, harapan mereka. Tanpanya, pek makanan ini tidak akan tersedia dan puluhan golongan asnaf dan yang memerlukan akan terus berlapar.
MULAKAN BERKONGSI REZEKI, BARULAH MERASA MANISNYA MEMBERI
#RAIKANREZEKI
#YAYASANMAGHFIRAH #SANTUNIMASYARAKAT
Tuan puan boleh salurkan sumbangan ke akaun Yayasan Maghfirah:
#Penama: Yayasan Maghfirah
#Rujukan: KONGSIREZEKI31
Untuk sebarang pertanyaan lanjut/penghantaran resit, sila klik link ini (Puan Dhirah)