9 Orang Anak Pilu, Ayah Mereka Hilang Keupayaan Berjalan Akibat Kemalangan
Encik Hafiz, Puan Farah & 9 anak-anaknya perlukan bantuan
APAKAH YANG MENIMPA ENCIK HAFIZ ?
Encik Hafiz telah alami kemalangan jalan raya sewaktu menaiki van, kenderaannya melanggar pembahagi jalan ketika sedang bertugas menghantar barang.
Akibat kemalangan itu, kedua belah kakinya telah patah dan sebelah kiri telah dimasukkan besi. Walaupun dia kemalangan pada bulan Januari lalu, namun dia masih belum pulih dan terpaksa berkerusi roda sehingga kini.
Kehilangan sumber pendapatan dan kini menjadi tanggungjawab sang isteri
Setelah Encik Hafiz kehilangan keupayaan untuk berjalan & menyara keluarga, isterinya Puan Farah terpaksa memegang tanggungjawab menjadi ketua keluarga menyara 9 orang anak, Dengan dirinya sendiri tiada pendapatan kerana terpaksa menjaga suami. Puan Farah terpaksa menebalkan muka dengan meminta bantuan daripada rakan-rakan, jiran terdekat dan pernah juga meminta bantuan anaknya yang sedang belajar di tingkatan 1 untuk bekerja di pasar malam atau memancing ikan bagi menampung perbelanjaan keluarga mereka.
Sedihnya, REBUS BERAS untuk GANTI SUSU buat anak yang lapar
Pernah satu ketika anak kecil Encik Hafiz kelaparan. Encik Hafiz & isterinya buntu kerana mereka sudah kehabisan susu anak & tiada duit untuk membeli susu baru. Akibat kebuntuan, AKHIRNYA terpaksa merebus beras untuk dijadikan susu agar anak tidak merasa lapar.
Si anak TERPAKSA MEMANCING untuk teruskan hidup
Krisis kewangan menyebabkan keluarga En Hafiz tidak mampu membeli keperluan untuk anak-anaknya. Bagi menjimatkan perbelanjaan keluarga anak Encik Hafiz berikhtiar untuk memancing ikan untuk dijadikan lauk makan harian, malah yang lebih menyedihkan adalah daripada hasil tangkapan ikan itu, anak Encik Hafiz akan menjualnya untuk mendapatkan wang belanja ke sekolah
BANTUAN APAKAH YANG DAPAT MERINGANKAN PUAN FARAH?
▶️Susu anak
▶️Pampers Anak
▶️Yuran Sekolah
Bukan mudah untuk Puan Farah tanggung seorang diri, dengan tidak memiliki apa-apa pekerjaan walaupun telah berusaha mencari namun dia terpaksa juga untuk menanggung kos bulanan yang tinggi.
Boleh berkongsi rezeki dibawah:-
562263552802
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : JP26
ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG!
"Moga sedekah hari ini menjadi asbab Allah kurniakan
tuan/puan keluarga yang sakinah mawaddah warahmah, ameen..."
Lampirkan resit sumbangan ke: