PEMBERIAN ANDA, TANDA PEDULI
“Kita mungkin tidak berada dalam kapal yang sama, namun kita dilanda ombak dan badai yang sama”
Mendengar pengumuman lockdown penuh yang diperintahkan oleh kerajaan; peniaga-peniaga kecil serta rakyat yang terdiri dari golongan asnaf B40 yang kurang berkemampuan mana yang tidak terkesan? Baru sahaja nak mulakan perniagaan, sudah pun menggunakan duit modal untuk beli barang dagangan kemudian lockdown penuh pula.
Kalau di kampung, masih ada sinar nak bercucuk tanam dan kos sara hidup rendah, yang di bandar? Kesian sungguh mereka, baru merasa lega sedikit nak berniaga tapi lockdown penuh pula sebab kes pandemik yang langsung tak menunjukkan tanda mahu surut.
Ni tak masuk lagi bab barisan hadapan, hari-hari tengok mereka penat keletihan. Kadang tu balik pukul 2 3 pagi, nak tengok anak pun tak sempat, esok dah pagi-paginya kena keluar berjuang nak selamatkan nyawa rakyat Malaysia. Kita penat? Ya, kita penat… Tapi, mereka lagi penat.
SIAPA YANG MENDAPAT MANFAAT?
✅ Pusat Perlindungan anak yatim dan orang tua
✅ Golongan Ibu Tunggal
✅ Keluarga Fakir Miskin
✅ Barisan Hadapan
✅ Golongan OKU
✅Peniaga Kecil
✅ Pelajar IPT
APA YANG DIPERLUKAN?
Bila ditanya apa sahaja yang mereka perlukan? Pasti sahaja secara automatiknya mengalir air mata di tubir mata mereka. Macam mana tak mengalir, baru sahaja nak masak nasi, buka-buka tong beras hanya ada 1 cawan beras, macam mana nak bertahan selama sebulan lagi? Kalau lockdown sebulan, kalau sambung lagi? Macam mana la mereka ni, ya?
Yang berniaga pula, macam mana nak pusing wang modal nak guna duit kalau jualan hari ni pun tak mampu nak tampung modal yang dah dikeluarkan. Kan seronok kalau dapat kemahiran berniaga, macam mana nak uruskan perniagaan masa getir seperti ini. Nak minimumkan modal, dan memaksimakan keuntungan. Lepas tu dapat bantuan untuk tampung modal kewangan dan barang perniagaan sedikit sebanyak.
Barisan hadapan pula, masa tengah mengeluh barangan perubatan tak cukup, ada yang datang hulur barang keperluan sebagai tanda peduli dan sokong mereka. Bukan mereka sahaja yang berjuang untuk hadap wabak ni, tapi kita juga ringankan beban mereka.
Tersenyum
betul mereka sampai ke telinga, sebab bila anda hulur semestinya tanda
anda amat peduli dengan suasana dan keadaan negara kita.
APA KELEBIHAN MENYUMBANG?
✅ Dapat membantu
peniaga kecil menjalankan perniagaan
dengan baik dan memperoleh pendapatan stabil. Mereka akan lebih berusaha
dan tidak berputus asa untuk mengubah hidup keluarga ke arah lebih baik.
✅ Dapat meringankan
beban golongan keluarga yang susah dalam
mencukupkan keperluan harian mereka. Mereka akan hidup dengan lebih
gembira dan tidak mudah tertekan dengan desakan hidup dan sanggup menerima
dengan positif segala bebanan.
✅ Dapat meringankan beban para barisan hadapan dalam mencukupkan keperluan penting perubatan untuk kegunaan mereka dan para pesakit. Mereka tidak akan mudah berputus asa dan sentiasa bersemangat untuk mengendalikan pesakit kerana mereka tahu anda juga peduli.
BERAPA DANA DIPERLUKAN?
InsyaAllah, dengan sumbangan tuan/puan semua akan digunakan sebaiknya bagi menyalurkan bantuan buat seluruh keluarga dan mereka yang terjejas tidak lupa juga barisan hadapan yang sentiasa berjuang buat kita semua tidak kira di mana mereka berada di seluruh pelusuk negara Malaysia.
BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG?
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank in Ke Akaun Di Bawah:
Reference: “JiwaPeduli07”
Untuk
memudahkan pihak tuan/puan menyalurkan sumbangan, pihak kami menyediakan pakej
tajaan seperti berikut:
PAKEJ PEDULI GOLD = RM 300
PAKEJ PEDULI DIAMOND = RM 200
PAKEJ PEDULI SILVER = RM 100
PAKEJ PEDULI BRONZE = RM 50
PAKEJ SAYA PEDULI = RM 30
Maklumat tambahan:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas
pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN
BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini, sila
hubungi Hudar Rahman, wakil Yayasan Maghfirah di talian +6011-25686229.
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan kutipan akan digunakan untuk kos Pengurusan dan Operasi.