PROJEK TABUNG KELESTARIAN OKU:
HULURKAN BANTUAN, SANTUNI ORANG KURANG UPAYA
.
"Sekurang-kurangnya 10% penduduk dunia atau 650 Juta orang hidup dengan kecacatan" - Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)
.
Isu dan cabaran Pendidikan Islam bagi OKU yang seolah-olah 'terlepas pandang' ini menyebabkan ibu bapa yang dikurniakan anak OKU buntu dan ada sebahagian daripada mereka yang terpaksa menghantar anak istimewa mereka ke pusat-pusat yang ditaja oleh orang bukan Islam.
.
Yayasan Maghfirah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Kempen Tabung Kelestarian OKU untuk menjaga kebajikan anak-anak OKU yang terdiri daripada mereka yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran seluruh Malaysia.
.
TUJUAN DANA
▶️ Menampung kos pengurusan pusat dakwah OKU Akademi FAQEH.
▶️ Membangunkan Aplikasi Quran Isyarat dan terjemahan mesra bagi kegunaan OKU pendengaran.
▶️ Membantu menampung kos terapi anak-anak istimewa dari keluarga kurang berkemampuan yang perlu mengikuti sesi terapi yang berkala secara konsisten.
▶️ Membantu komuniti OKU penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran dalam mengikuti kelas Al-Quran dan Fardhu Ain.
▶️ Membantu komuniti OKU pendengaran untuk membaca, memahami, menghayati dan menghafaz isi kandungan Al-Quran
.
.
Oleh itu, pihak Yayasan Maghfirah sedang berusaha untuk mengumpulkan dana sebanyak RM870,000,00. Sumbangan para dermawan semua amat diperlukan demi kelansungan Projek Tabung Kelestarian OKU.
.
Kegagalan dalam mementingkan pendidikan agama kepada anak-anak OKU ini sedikit sebanyak telah melumpuhkan ruang dan peluang yang ada pada anak-anak OKU ini untuk melahirkan umat yang hebat dalam beragama. Hal ini kerana setiap daripada mereka mempunyai kelebihan yang dianugerahkan tidak sama seperti yang lain.
.
Bukan itu sahaja, komuniti OKU ini juga, kita perlu bantu dari segi menyediakan bantuan mempelajari Al-Quran dengan cara yang mudah akses dan difahami agar mereka turut dapat membaca Al-Quran dengan baik.
TABUNG 3 DALAM 1
Projek Tabung Kelestarian OKU memfokuskan satu tabung umum yang akan disalurkan dana terkumpul kepada:
✅ Pusat Dakwah OKU (Akademi FAQEH)
✅ Pembangunan Aplikasi Quran Isyarat (OKU Pendengaran)
✅ Bantuan Terapi Anak Istimewa Secara Berkala
PUSAT DAKWAH OKU (AKADEMI FAQEH)
Fungsi utama Pusat Dakwah OKU (Akademi FAQEH) ini adalah memberikan kelas dan pendidikan Al-Quran kepada anak-anak OKU mengikut tahap pembelajaran mereka. Anak-anak OKU ini akan diberikan silibus pembelajaran yang berteraskan modul atau kurikulum QurAnis yang menekankan pengajaran seperti tahsin ibadah, tahfiz, tilawah dan terapi alam.
Dengan bantuan Akademi FAQEH ini, lebih ramai anak-anak OKU dapat mengikuti kelas Al-Quran dan fardhu ain sepertimana anak-anak lain yang mengikuti kelas aliran perdana di KAFA. Kurikulum yang disediakan diberi nama QurANIS. Kurikulum yang dibangunkan ini adalah berdasarkan keperluan murid yang terdiri daripada pelbagai tahap kelainan upaya mereka dengan meraikan kekuatan deria yang masih berfungsi.
SASARAN DANA PUSAT DAKWAH OKU AKADEMI FAQEH
RM 290,000 :
menampung kos operasi pusat dakwah dan penyediaan alat bantu mengajar untuk memudahkan pelajar menjalani kelas pendidikan Al-Quran dengan sempurna.
PEMBANGUNAN APLIKASI QURAN ISYARAT
(OKU PENDENGARAN)
Aplikasi Quran Isyarat merupakan aplikasi Al-Quran pertama yang dibangunkan bagi meraikan kekuatan dan kelainan upaya belajar Al-Quran bagi komuniti OKU Pendengaran.
Aplikasi ini juga berupaya membantu OKU Pendengaran di seluruh Malaysia dengan aplikasi yang mudah diakses, menarik dan mudah difahami untuk membaca, menghayati, memahami dan menghafaz Al-Quran dalam ibadah dan kehidupan seharian.
Kini, aplikasi ini dalam fasa reka semula (redesign) daripada platform sedia ada iaitu, Android berserta 11 surah pilihan kepada iOS berserta Juz Amma (Juzuk 30). Namun, usaha untuk menyempurnakan pembangunan keseluruhan 30 juzuk Al-Quran secara berperingkat yang meliputi keseluruhan aspek isi kandungan terjemahan mesra OKU Pendengaran, rakaman dan teknikal ini masih memerlukan dana yang berterusan.
SASARAN DANA PEMBANGUNAN APLIKASI QURAN ISYARAT OKU PENDENGARAN
RM 290,000 :
membangunkan kesempurnaan aplikasi
RM100,000 :
kos untuk 1 juzuk
BANTUAN TERAPI ANAK ISTIMEWA
Perkembangan pemulihan diri anak-anak istimewa lebih baik dengan terapi yang berkala dan konsisten. Dengan usaha ini, ianya membantu mengurangkan beban keluarga untuk menampung kos rawatan terapi yang mahal serta memberi peluang kepada pesakit dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk pulih dan meningkatkan perkembangan diri dengan lebih baik sama seperti anak-anak yang berkemampuan.
DANA SASARAN TERAPI ANAK ISTIMEWA
Dana bagi menampung kos terapi anak-anak istimewa seluruh Malaysia melalui pusat terapi Nourani (milik Yayasan Maghfirah di Bangi) dan pusat-pusat terapi swasta kerjasama Yayasan Maghfirah di seluruh Malaysia.
RM200-RM300 :
untuk tempoh 1 jam hingga 1 jam setengah mengikut jenis terapi yang dijalani.
CARA UNTUK MENYUMBANG
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang, anda boleh memilih pakej-pakej sumbangan di pilihan sumbangan di bawah.
ATAU
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah
CIMB BANK
Nama : Yayasan Maghfirah
No Akaun : 8603-22-1427
Tolong letakkan reference "TabungOKU07" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana.
AYUH BERSAMA SANTUNI KOMUNITI OKU
HARI INI BERSAMA YAYASAN MAGHFIRAH!
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : +01164001649 (En. Azraie, Wakil Pengurusan Yayasan Maghfirah).
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk Kos Pengurusan Dan Operasi.